Sedar atau tidak,ramai di luar sana mengambil langkah berdiam diri dari mendapatkan rawatan atas dasar takut.Hurm..sama seperti saya dahulu.Tapi sekali perkara itu telah berlalu tidak mungkin dapat diputarkn kembali.Scoliosis merupakan penyakit tulang
belakang bengkok sama ada berbentuk s atau pun c.Kebanyakkan pesakit
menyedari mengenai ketidak normalan tubuh badan,tetapi kebanyakkannya mengambil langkah mudah dengan tidak mendapatkan rawatan lanjut.
Mengikut pengalaman sendiri kebanyakkan pesakit scoliosis lebih menderita dari segi mental berbanding fizikal.Ini kerana kebanyakkan merasa terlampau rendah diri,murung,sedih,kecewa dan juga putus asa.Perkara ini memeng sering terjadi kepada pesakit scoliosis.Ini terjadi kerana ketidak normalan bentuk tubuh badan yang bengkok.Pesakit akan mengalami perubahan-perubahan dari bentuk normal kepada tidak normal seperti bahu sedikit tinggi berbanding bahu sebelah.
No comments:
Post a Comment