Friday, December 4, 2009

Lumrah kehidupan..

Sebenarnya saya tak terlintas pun difikiran nak menulis blog ni.Idea ni tiba2 je terlintas di fikiran saat hati dilanda kesedihan.Mungkin di luar sana ramai yang mengalami nasib yang sama seperti saya.Nasib yang kadang2 membuatkan kita sukar untuk membuat pilihan dalam hidup.Antara dua pilihan yang teramat sukar dipilih.

Semuanya bermula ketika umur saya 12 tahun.Saat itu saya merasakan ada sedikit kelainan pada tulang belakang saya.Oleh itu saya informkan kepada ibu saya.Biasalah orang kampung sedikit susah nak percaya benda2 macam ni.Jadi saya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.Ketika umur saya 13 tahun tulang belakang saya menjadi makin tidak normal.Tetapi sya membiarkan sahaj perkara itu.Difikiran saya ianya mungkin perkara normal bagi remaja yang baru melalui zaman period.So..saya membiarkan perkara itu berlanjutan sehingga ke tingkatan 3.Ketika berada di tingkatan 3,kawan2 saya sering menegur saya memakai kain senget dan juga menyandang beg senget.Ketika itu ada sedikit perasaan merendah diri dan juga malu.Tetapi sya membiarkan sahaja soalan2 yang sering diajukan oleh kawan.Saya memang menyedari perubahan itu.Tetapi saya hanya membiarkan sahaja tanpa mengambil langkah berjaga2.Sewaktu dizaman persekolahan saya merupakan pelajar yang aktif dalam sukan.Saya suka berlari.Tidak kiralah acara lari apa.Pasti akan saya turut serta.Selepas tamat pengajian sekolah menengah saya memasuki alam pengajian tinggi.Ketika itulah sya baru menyedari sya menghidapi penyakit scoliosis.Sebelum memasuki alam pengajian tinggi saya perlu membawa medical check-up.Ketika itulah keputusan x-rays keluar dan ketika itu juga doktor memaklumkan ketidak normalan pada ujian x-rays saya.Doktor meminta saya menyelak baju belakang saya untuk melihat keadaan badan belakang sya.Ketika itu doktor menyatakan saya menghidapi penyakit scoliosis.Doktor menyarankan sya berjumpa pakar orthopedik.Tetapi saya merahsiakan perkara itu dari pengetahuan family.Alangkah sedihnya saya mendapat khabar berita itu.Patutlah selama ini bila say mahu memakai pakaian pasti nampak senget.Sangat sukar bagi sya utk mencari baju yang bersesuaian dengan badan saya.Sejak itu saya merahsiaknnya dari pengetahuan semua.Saya tidak mahu membebankan perasaan dan jiwa mak dan ayah.Maka saya mengambil keputusan mendiamkan diri.Ketika itu sedikit hilang semangat saya untuk melanjutkan pelajaran.Tetapi saya kumpul semula semangat saya yang telah hilang.Saya kembali kepada diri saya yang dulu seorang yang periang yang kuat semangat.Saya cuba menjadi diri saya yang dulu,tetapi saya cuma manusia biasa.Kadang2 perasaan putus asa itu kembali datang kepada diri saya.Siapa yang tidak sedih apabila dimaklumkan menghidapi scoliosis.Saya cuma manusia biasa,saya tidak lari dari perasaan sedih.Tetapi saya selalu mencuba untuk sentiasa berfikiran positif untuk terima sumenya dgn fikiran yang terbuka dan redha.Saya mulakan kehidupan seperti biasa seperti student2 lain.Tetapi yang membezakannya saya sedikit kurang aktif.Segala pergerakan harus dibataskan.Saya tidak boleh bergerak sangat.Saya tidak boleh berdiri lame,duduk lame.Segala-galanya membuatkan tulang belakang saya terara sakit dan menyekatkan pergerakan saya.Maka saya terpaksa mengurangkan aktiviti pergerakan tubuh badan.Pada pertegahan semester tulang belakang saya semakin teruk.Ketiak itu saya dimasukkan ke hospital akibat tidak dapat berjalan,kerana terlampau sakit.Ketika itulah doktor menghubungi family.Ketika itu alangkah sayunya wajah mak dan ayah kala mendengar penjelasan doktor.Maaf mak..maaf ayah atas pembohongan anakmu selama ni..mungkin cukup sukar untuk kalian menerima hakikat ini.Mungkin berita ini cukup membuatkan kalian cukup rasa sedih.Tidak disangka seorang yang sangat aktif suka tersenyum.Suka membuat orang lain titut tersenyum sama menghidapi penyakit scoliosis di tahap kritikal.Apa yang boleh dilakukan.Semua itu adalah lumrah kehidupan yang harus dilalui.Jalan cerita setiap orang semuanya berbeza begitu juga saya.Apa yang perlu ada dalam diri adalah ketabahan kekuatan dan keberanian.Memang cukup sukar untuk dilalui.Tetapi lagi sukar bila kita sentiasa menyesali.Aggaplah ianya sebagai ujian bagi menguji sejauh mane keimanan kita.Tidak salah untuk menangisi,tipulah kalau saya katakan saya tidak menangisi apa yang sedang terjadi kepada saya.Tetapi janganlah terlalu bersedih,ianya akan membuatkan hari2 yang akan datang cukup derita.Bagi saya ianya memang cukup teruji.Saya lalui dengan penuh senyuman tetapi dihati kadang2 tersirat ke pahitan.Selepas kejadian itu ayah dan mak berusaha untuk mengubati penyakit saya.Saya dibawa ke sana ke sini.Berubat cara kampung,berurut.Macam2 saya lalui.Biasalah orang kampung kurang mempercayai perubatan moden.Saya hanya mengikuti sahaja kehendak ayah.Sehingga satu hari itun saya meluahkan perasaan saya.Saya cukup terasa tidak tertanggung untuk menghadapi semua ini.Berurut itu cukup membuatkan tulang saya bertambah sakit dan cukup sakit.Makan saya pinta kepada ayah untuk berhenti berubat.Saat itu sungguh tergambar wajah saya yang sungguh sedih.Harap ayah mengerti apa yang anakmeu hadapi.Saat itu saya cuba yakinkan kepada ayah bahawa saya sudah ok,tak sakit pun.Maka dengan cara itu saya dapat menghentikan usaha ayah untuk saya berubat cara berurut.Saya seorang diri merasai kesakitan ini.Semuanya demi perasaan ayah dan mak.Agar hatimu tidak merasa sedih kerana saya.Maka saya berusaha menyembunyikan rasa sakit saya itu.Walaupun cukup sakit saya akan berusaha untuk membuatkan bibir saya mengukir senyuman.

Setiap minggu saya perlu berulang alik ke hospital untuk menjalani fisioterapi.Setipa beberapa bulan saya perlu berjumpa doktor pakar untuk menjalani rawatan susulan.Hurm..tidak ada perubahan yang menggembirakan.Nampaknya saya perlu lebih sabar menunggu.Keadaan saya ketika 17 tahun masih dalam keadaan stabil.Apabila usia saya meningkat ke 20 tahun penyakit itu bertambah teruk.Saya tidak dapat berada di tempah yang sesak,Ianya akan membuatkan saya terasa sesak nafas dan seakan nak pitam.Saya juga terasa sesak nafas ketika berjalan dan berlari.Saya juga tidak boleh tidur mengiring ianya akan menyebabkan saya terasa sesak nafas.Dahulu ketika saya diserang sakit tulang belakang,saya akan mengambil pil tahan sakit.Tetapi doktor menyarankan saya untuk berhenti mengambil ubat tersebut sebab ianya menyebabkan kerosakan hati saya.Maka saya berhenti mengambil ubat tersebut.Oleh sebab itu saya perlu berulang alik ke hospital untuk mengambil darah.Akibat penyakit hati saya. Alhamdulillah dengan usaha yang kuat saya pulih dari penyakit hati.Sebelum tu saya sering pengsan.Tapi sekarang saya sedikit bertambah baik.Tetapi sakit tulang belakang belum ada perubahan.Saya sering melakukan aktiviti bersenam yang disarankan oleh pihak fisioterapi.Kadang2 exercise itu amat menyakitkan untuk tulang belakang saya.Segala kesakitan saya tempuhi dengan ketabahan.Pasti ada hikmah atas segala2 yang berlaku.Sekarang saya hanya menunggu waktu yang sesuai untuk menjalani pembedahan.Moga2 pembedahan itu akan berjaya dan berjalan dengan lancar.

Hurm..alhamdulillah walaupun sedih,tetapi bibir sya masih boleh mengukir senyuman buat semua insan yg tidak pernah jemu menjaga sya.Buat sahabat2 yg sgt setia.Bagaimana saya boleh membalas jasa kamu semua.Saya tidak memiliki apa2,selain kasih syang saya pda kamu semua.Cma saya mampu mendoakan kamu semua sahabat2.Kamu semua adalah insan yg sangat baik.Hati kamu sungguh murni.Kasihan kamu sering kali perlu menjaga saya.Maaf sahabat2 banyak menyushkan kalian.Hurm..di sini sya ingin menyatakan pada kalian.Bersyukurlah shabat2 ku.Kamu semua memiliki minda yg sgt bagus,memiliki wajah yg manis,tubuh yg normal.Maka kamu semua harus bersyukur apa adanya pda dri kalian.Lihat pda dri saya ini,saya tahu saya merupakn gadis cacat.Makanya saya minta jgn segannya teman2 bersahabat dgn saya.Saya bahagia bersahabat dgn kalian.Buat kalian jangan pernah sedih melihat keadaan diri saya ini.Disebalik diri saya ini masih ada sedikit kekuatan yang kalian pasti tidak mengerti..

No comments:

Post a Comment