Friday, December 4, 2009

info scoliosis

KOS
Kos rawatan scoliosis agak tinggi kerana ia melibatkan pemasangan implant yang mengandungi beberapa rod, skru, plat & kabel, ditambah lagi ia adalah sejenis pembedahan yang rumit dan bukan semua doktor berupaya melakukan pembedahan ini.
Kalau tidak silap saya, kos rawatan di hospital kerajaan adalah di antara RM 15,000-25,000 bergantung kepada jumlah skru yang akan digunakan. Pakar bedah tulang belakang akan menentukan jumlah skru berdasarkan bahagian tulang yang bengkok dan keseriusan bengkok tersebut,. Manakala di hospital swasta, kosnya boleh mencecah sehingga RM 40,000 tidak termasuk kos pembedahan dan caj hospital.

RISIKO PEMBEDAHAN
Jangkawaktu satu-satu pembedahan scoliosis ialah antara 2 hingga 10 jam bergantung kepada keadaan kes. Sepertimana pembedahan lain, pembedahan scoliosis juga terdedah kepada risiko jangkitan, pendarahan & juga komplikasi anesthetic(bius). Selain itu, keadaan seperti wujudnya darah beku di paru-paru & kecederaan saraf tunjang juga boleh berlaku.
Lebih berusia seseorang pesakit itu, maka lebih besar risiko yang perlu dihadapinya. Bagi seorang ‘adult scoliosis’, kemungkinan untuk mengalami jangkitan ataupun pneumonia adalah lebih tinggi berbanding pesakit yang lebih muda.
Meskipun begitu, risiko pembedahan scoliosis tidak terhad kepada risiko-risiko seperti di atas tetapi juga melibatkan keadaan yang mungkin memerlukan pembedahan ulangan seperti:
· Pseudoarthrosis(percantuman tulang yang tidak sembuh sepeti yang sepatutnya)
· Bengkok tidak berkurangan(bagi kes yang menggunakan Harrigton Rod Instrumentation)
· Instrument (skru/plat) patah ataupun longgar.
· Jangkitan dan/atau kesakitan pada graf tulang

No comments:

Post a Comment